Jumat, 06 Januari 2012

Kelebihan Wanita Solehah....

Sekadar renungan buat insan yang bergelar
wanita. Ketahuilah betapa istimewanya menjadi
wanita. Betapa bertuahnya menjadi wanita.
Bersyukurlah karena menjadi wanita.


1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik
daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik
daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk
daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah
lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang
tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada
anaknya daripada badannya (susu badan) akan
dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu
yang diberikannya.

6. Wanita yang melayani dengan baik suami yang
pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan
mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur
yang tidak selesai karena menjaga anaknya yang
sakit akan mendapat pahala seperti
membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih
sayang dan suami yang melihat isterinya dengan
kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh
rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar
dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian
menjaga adab rumahtangganya akan masuk
syurga 500 tahun lebih awal daripada
suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat
dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di
dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan
menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam
hari karena menjaga anak yang sakit akan
diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan
bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12
tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan
“bismillah” akan didoakan oleh binatang itu
dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan
bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir
akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di
baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat
pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk
memasuki syurga dari mana-mana pintu yang
dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala
berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala
beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala
70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan
pada satu uratnya Allah mengurniakan satu
pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari
selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati
syahid.

19. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan
mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup
tempo (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di
langit akan membawa berita bahawa syurga wajib
baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada
anaknya yang menangis,Allah akan memberi
pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memijit suami tanpa disuruh akan
mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita
memijit suami bila disuruh akan mendapat
pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan
keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu
masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat
wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang
sendiri kepada wanita yang memberati auratnya
iaitu memakai purdah di dunia ini dengan
istiqamah.

Wanita Sholehah: Bidadari Syurga Terindah
Ia mutiara terindah dunia
Bunga terharum sepanjang masa
Ada cahaya di wajahnya
Betapa indah pesonanya
Bidadari bermata jeli pun cemburu padanya
Kelak, ia menjadi bidadari surga
Terindah dari yang ada

Tidak ada komentar:

Posting Komentar